Citigroup sertai usaha Bank Eropah bangunkan stablecoin Euro

Boboi CTC
2 Min Read

Citigroup Inc telah menyertai sekumpulan sembilan bank Eropah untuk membangunkan stablecoin berasaskan euro yang dikawal selia. Ini adalah satu langkah terbaharu oleh institusi kewangan besar dalam bidang mata wang digital yang semakin pesat berkembang.

Jurucakap bank berpangkalan di New York itu mengesahkan pada Jumaat bahawa penyertaan Citigroup dalam konsortium tersebut adalah sebahagian daripada usaha luasnya dalam teknologi blockchain dan aset digital.

Kumpulan itu yang terdiri daripada ING Groep NV, UniCredit SpA dan DekaBank mendedahkan pada akhir bulan lalu bahawa mereka telah menubuhkan sebuah syarikat baharu di Belanda untuk menguruskan projek tersebut. Syarikat itu dijangka mengeluarkan token digital berkenaan pada separuh kedua tahun 2026.

Citigroup turut melabur dalam BVNK, sebuah syarikat infrastruktur stablecoin.

Langkah ini menjadikan Citigroup satu-satunya bank bukan Eropah yang terlibat dalam inisiatif tersebut. Antara firma lain yang turut serta ialah Banca Sella, KBC Group NV, Danske Bank AS, SEB AB, CaixaBank SA dan Raiffeisen Bank International AG.

Matlamat projek itu adalah untuk “menyediakan alternatif sebenar dari Eropah bagi pasaran stablecoin yang kini dikuasai oleh Amerika Syarikat, sekali gus menyumbang kepada autonomi strategik Eropah dalam sistem pembayaran,” menurut kenyataan bersama bank-bank terbabit.

Stablecoin, token digital yang mengekalkan nilai tetap terhadap aset tradisional seperti dolar AS, kini semakin popular sejak setahun kebelakangan ini. Institusi kewangan besar melihatnya sebagai kaedah pembayaran baharu yang berdaya maju.

Menurut anggaran Bloomberg Intelligence, stablecoin berpotensi digunakan untuk urus niaga tahunan melebihi AS$50 trilion (RM211.25 trilion) menjelang 2030, yang bersamaan dengan kira-kira 25% daripada jumlah transaksi pengguna. Di mana ia meningkat mendadak daripada kurang 1% pada masa ini.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *