Rasmi : Amerika Syarikat mulakan serangan ke atas Iran

Boboi CTC
2 Min Read

Presiden Donald Trump pada Sabtu berkata bahawa tentera Amerika Syarikat telah melancarkan satu “serangan yang sangat berjaya” ke atas tiga tapak nuklear Iran, termasuk kemudahan ‘enrichment’ uranium bawah tanah di Fordow.

“Kami telah menyelesaikan serangan yang sangat berjaya ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordow, Natanz dan Esfahan,” kata Trump dalam satu hantaran di platform Truth Social miliknya.

“Muatan penuh BOM telah digugurkan ke atas tapak utama, Fordow.”

Trump menambah bahawa “semua pesawat kini sedang dalam perjalanan pulang dengan selamat. Tahniah kepada para Pahlawan Amerika kita yang hebat.”

Pengumuman itu dilakukan Presiden Trump semalam (sabtu).

Pengumuman Trump itu dibuat hanya dua hari selepas beliau menyatakan bahawa beliau akan membuat keputusan “dalam masa dua minggu” sama ada akan menyertai sekutu rapatnya, Israel, dalam menyerang Iran.

Terdahulu pada Sabtu, terdapat laporan bahawa pengebom B-2 Amerika Syarikat yang membawa bom “bunker buster telah berlepas dari AS.

Trump tidak menyatakan jenis pesawat atau senjata yang digunakan dalam serangan itu.

Tehran sebelum ini telah mengancam akan membalas terhadap pasukan AS di Timur Tengah sekiranya Trump menyerang, namun Presiden AS itu menyeru kepada “keamanan”.

“Tiada angkatan tentera lain di dunia yang mampu melakukan ini. SEKARANG ADALAH MASANYA UNTUK KEAMANAN!” katanya.

- Advertisement -
Ad image
Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *