Hyundai E&C Tandatangani Perjanjian Petrokimia AS$5b Dengan Aramco

Hyundai E&C Tandatangani Perjanjian Petrokimia AS$5b Dengan Aramco

Kerajaan Korea Selatan pada Ahad berkata Hyundai Engineering & Construction telah menandatangani kontrak bernilai AS$5 bilion dengan pengeluar mi

Kerajaan Korea Selatan pada Ahad berkata Hyundai Engineering & Construction telah menandatangani kontrak bernilai AS$5 bilion dengan pengeluar minyak negara Arab Saudi Aramco untuk membina kompleks petrokimia di negara Timur Tengah itu.

Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan Won Hee-ryong, yang menghadiri majlis menandatangani perjanjian di Arab Saudi itu, berkata perjanjian tersebut akan mengembangkan kerjasama tenaga antara kedua-dua negara.

Perjanjian yang akan memajukan pakej projek Amiral Aramco No. 1 dan 4 itu adalah kontrak terbesar yang dimenangi oleh pembina Korea dengan Arab Saudi.

Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan berkata kerjasama Korea-Saudi akan terus mengembangkan manfaat bersama, seperti sokongan kepakaran Korea dalam pembinaan dan perancangan bandar akan membantu negara kaya minyak itu beralih daripada bahan api fosil.

Ia menambah perjanjian itu akan membolehkan projek pembinaan loji petrokimia Aramco di Jubail, Arab Saudi, menghasilkan produk petrokimia termasuk etilena.

Kesepakatan tersebut juga akan meningkatkan tempahan pembinaan luar negara negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini kepada $13.7 bilion, melebihi $12 bilion tahun lepas.

Won Hee berkataa perjanjian itu adalah hasil komitmen Presiden Yoon Suk Yeol yang diulangi dengan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman pada November lalu.

“Pemimpin kedua-dua negara bersetuju untuk membangunkan hubungan dua hala menjadi perkongsian strategik berorientasikan masa depan, sekali gus menggalakkan kerjasama ekonomi berskala besar dalam sektor tenaga dan infrastruktur,” kata Won pada majlis menandatangani perjanjian itu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: