world-bank-2

Bank Dunia Luluskan Pembiayaan AS$700 juta Untuk Sri Lanka

Bank Dunia meluluskan AS$700 juta (RM3.27 bilion) dalam bentuk sokongan belanjawan dan kebajikan untuk Sri Lanka, bahagian pembiayaan terbesar untuk negara pulau yang dilanda krisis sejak perjanjian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Mac.

Kira-kira AS$500 juta daripada dana itu akan diperuntukkan untuk sokongan belanjawan manakala baki AS$200 juta adalah untuk sokongan kebajikan yang diperuntukkan bagi mereka yang paling teruk dilanda krisis.

“Melalui pendekatan berperingkat, strategi Kumpulan Bank Dunia memberi tumpuan kepada penstabilan ekonomi awal, pembaharuan struktur, dan perlindungan golongan miskin dan terdedah,” kata pengarah Bank Dunia untuk Sri Lanka, Faris Hadad-Zervos.

“Jika berterusan, pembaharuan ini boleh meletakkan negara kembali ke landasan ke arah pembangunan hijau, berdaya tahan dan inklusif,” tambahnya.

Sri Lanka sedang bergelut dengan krisis kewangan terburuk sejak kemerdekaannya daripada Britain pada 1948 selepas pertukaran asing negara itu mencecah paras terendah dan mencetuskan kegagalan membayar hutang asing pertamanya tahun lalu.

IMF telah meluluskan bailout hampir AS$3 bilion pada Mac, yang dijangka akan membawa pembiayaan tambahan sehingga AS$4 bilion daripada Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan agensi pelbagai hala lain.

Sri Lanka akan melancarkan program penstrukturan semula hutang domestik minggu ini bagi meneruskan pengolahan semula hutangnya dengan pemegang bon dan pemiutang dua hala termasuk China, Jepun dan India.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *