mini-bmw-electric

BMW Akan Labur AS$750 juta Di Kilang UK Untuk Jadikan ‘Mini’ Elektrik Sepenuhnya

BMW pada hari ini mengumumkan ia akan melabur £600 juta (AS$750 juta) di kilang Britian untuk menjadikan jenama ikonik Mini-nya elektrik sepenuhnya menjelang 2030, satu rangsangan baharu untuk industri kereta Britain selepas ketidaktentuan akibat Brexit.

Mulai 2026, pembuat kereta premium Jerman itu akan membuat dua model elektrik di kilang Mini di Oxford , Mini Cooper 3 pintu dan mini Aceman crossover kompak.

Kilang itu juga hanya akan membuat model-model kereta elektrik pada 2030. Dua model yang sama turut dibuat di China dan eksport kereta tersebut akan bermula pada 2024.

Menurut kerajaan Britian, jumlah pelaburan ke dalam sektor automotif telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini kepada lebih 6 bilion pound.

“Pelaburan BMW adalah satu lagi contoh yang bersinar bagaimana UK adalah tempat terbaik untuk membina kereta masa depan,” kata Perdana Menteri Britain Rishi Sunak dalam satu kenyataan.

Pembuat kereta itu berkata kerajaan UK telah memberikan sokongan untuk pelaburan itu, tetapi tidak memberikan butiran.

BMW juga akan melabur dalam kilang UK di Swindon yang membuat alat ganti untuk model Mini, namun mereka tidak menyatakan apa yang akan berlaku kepada kilang enjinnya di Hams Hall.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *