bp-oil

BP Tembusi Pasaran Tenaga Jepun Untuk Bekal Tenaga Elektrik Runcit

BP berkata pada hari Isnin bahawa mereka telah memasuki pasaran tenaga Jepun selepas mendapat kelulusan daripada kementerian industri untuk beroperasi sebagai pembekal elektrik runcit.

Syarikat minyak dan gas multinasional British itu dalam usaha untuk mengubah menjadi sebuah syarikat tenaga bersepadu berkata bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada rancangannya untuk mengembangkan pelaburannya dalam beberapa bidang pertumbuhan, termasuk tenaga boleh diperbaharui dan elektrik.

BP yang turut menjadi pembekal gas asli cecair (LNG), minyak, produk petroleum dan pelincir ke Jepun selama lebih 60 tahun, merancang untuk berkembang menjadi pembekal tenaga rendah karbon dalam 10 tahun akan datang.

Hal ini kerana gergasi minyak dan gasi itu sedang dalam proses mencari model perniagaan yang mampu berdaya tahan dalam peralihan global daripada bahan api fosil.

BP Energy Japan (BPEJ), unit perdagangan dan perkapalan BP, akan mengendalikan perniagaan baharu itu, lapor Reuters.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *