broadcom

Broadcom Jangka AS$10b Pendapatan Daripada Hasil Jualan Cip AI Tahun Ini

Broadcom minggu lalu mengumumkan jangkaan pendapatan sekitar AS$10 bilion daripada cip yang berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI) tahun ini.

Sementara hasil unjuran pesaingnya, Marvell Technology pula lebih kecil di bawah jangkaan pasaran sekali gus mendorong penuruna saham bagi kedua-dua syarikat tersebut.

Hal ini kerana kedua-dua syarikat ini sedang diawasi dengan teliti oleh para pelabur yang percaya mereka akan menguasai sebahagian dalam teknologi AI seperti OpenAI’s ChatGPT atau Google Gemini.

Broadcom dan Marvell kedua-duanya menjual cip rangkaian yang membantu menggerakkan sejumlah besar data yang diminta oleh pengkomputeran AI, dan kedua-duanya turut membantu pelanggan mereka bentuk custom cip AI.

Dalam pertemuan bersama penganalisis, Ketua Eksekutif Broadcom Hock Tan berkata bahawa kira-kira AS$7 bilion adalah hasil pendapatan pada 2024 akan diperoleh menerusi cip custom AI hanya daripada dua pelanggan utama mereka.

Tan juga berkata bahawa perniagaan custom cip “boleh menguasai margin yang serupa dengan margin kasar korporat kami.”

Broadcom telah dipuji sebagai penerima dorongan AI generatif merentasi landskap teknologi kerana Microsoft dan syarikat berwajaran tinggi teknologi lain meningkatkan perbelanjaan untuk pusat data, di mana Broadcom membekalkan banyak cip rangkaian.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *