PMX mahu semua jabatan kerajaan henti guna barangan import

Rio Boestamam
1 Min Read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk menghentikan penggunaan barangan import, khususnya makanan, dalam acara rasmi sebagai usaha mempromosikan produk tempatan.

Ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini pada Jumaat (20 Jun), Anwar menekankan bahawa penggunaan hasil tempatan bukan sahaja dapat memperkukuh ekonomi negara, malah membuka peluang lebih luas kepada para petani tempatan untuk memasarkan hasil mereka.

“Jika setiap jabatan kerajaan mematuhi arahan ini, ia akan mewujudkan lebih banyak peluang kepada petani kita untuk membekalkan bahan-bahan tempatan,” katanya.

Baru-baru ni kerajaan telah mengumumkan semakan semula SST yang memperkenalkan cukai kepada buah-buahan import.

Perdana Menteri turut mencontohkan negara jiran yang tegas dalam penggunaan makanan tempatan di acara rasmi.

“Di Laos, Vietnam dan Thailand, saya tidak pernah dihidangkan makanan import dalam sebarang majlis rasmi kerajaan. Mereka secara automatik memastikan hanya makanan tempatan disediakan,” katanya.

Anwar turut mengkritik kecenderungan berterusan segelintir pihak terhadap makanan import walaupun kerajaan telah menyatakan pendirian jelas.

Menyifatkan amalan itu sebagai tidak selari dengan usaha memperkasakan ekonomi tempatan, beliau menyeru penjawat awam dan pegawai kerajaan agar lebih peka terhadap keperluan menyokong hasil keluaran tempatan.

- Advertisement -
Ad image
Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *