byd-volkswegen

BYD Rampas Takhta Volkswagen Sebagai Penjual Kereta Terlaris Di China

BYD Co menjadi jenama kereta terlaris di China buat pertama kali, merampas takhta yang dimahkotai Volkswagen AG sejak lebih satu dekad.

Pembuat kenderaan elektrik yang disokong Warren Buffett itu mendahului pesaing terkuatnnya dari Jerman pada suku pertama, menjual lebih daripada 440,000 kereta di China.

Pengerusi BYD Wang Chuanfu berkata bulan lalu beliau menyasarkan untuk memotong jualan Volkswagen menjelang akhir 2023.

Volkswagen telah menjadi jenama terlaris dalam kalangan pembuat kereta di China sejak sekurang-kurangnya 2008, apabila data daripada Pusat Teknologi dan Penyelidikan Automotif China tersedia.

Jualan kenderaan di bawah jenama Volkswagen berjumlah 427,247 unit di China pada suku pertama, dengan EV hanya menyumbang 6%.

Aliran ini mencerminkan penurunan pengaruh jenama warisan asing apabila pembuat EV China berganding bahu dengan model-model yang semakin canggih dan mampu milik.

“BYD sangat, sangat kuat,” kata ketua pegawai eksekutif Volkswagen, Oliver Blume semasa acara di pameran kereta Shanghai bulan ini.

“Akhirnya, tidak semuanya mengenai jumlah. Kami mahu mempunyai perniagaan yang berjaya, dan adalah lebih penting untuk menjadi kumpulan antarabangsa terbaik di China,” ujarnya.

BYD yang berpangkalan di Shenzhen menjual 1.86 juta kenderaan pada 2022, lebih banyak daripada gabungan empat tahun sebelumnya.

Ia juga menyumbang dua daripada setiap lima jualan kereta tenaga baharu di China pada suku pertama.

BYD menjual hampir 550,000 kereta di seluruh dunia pada Januari-Mac, lebih daripada semua pendaftaran kenderaan penumpang di UK dalam tempoh itu.

Pembuat kereta itu telah meningkatkan usahanya ke luar negara, mengutamakan Eropah, Amerika Latin dan pasaran di seluruh Asia.

Namun begitu, BYD tidak mempunyai sebarang rancangan semasa untuk menjual kereta penumpang elektriknya di AS, kata Wang bulan lalu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *