mcdonalds-china

Carlyle, Trustar Rancang Separa Keluar Daripada Perniagaan McDonald’s China

Carlyle Group Inc dan Trustar Capital merancang untuk mengumpul AS$4 bilion daripada firma dana-dana kekayaan untuk membeli sebahagian daripada kepentingan mereka dalam operasi McDonald’s Corp di Hong Kong dan tanah besar China, lapor Bloomberg News.

Langkah itu akan membolehkan mereka separa keluar daripada McDonald’s China selepas mereka membeli perniagaan itu enam tahun lalu.

Bloomberg berkata firma ekuiti swasta itu akan menubuhkan laluan baharu kepada sesetengah pelabur berpotensi sedia ada atau separa keluar untuk memperoleh modal baharu.

“Struktur pegangan saham syarikat tidak akan berubah. Semua pihak berkepentingan sangat sejajar dengan proses itu,” kata McDonald’s China dalam respons melalui e-mel kepada media.

“Kami akan terus memanfaatkan modal dan sumber lain daripada CITIC (Trustar Capital), Carlyle, dan McDonald’s Corp untuk mencapai kejayaan masa depan, 10 ribu cawangan,” katanya.

McDonald’s kini mempunyai 5,400 cawangan di China. Trustar Capital ialah gabungan ekuiti swasta CITIC Capital.

Para pemegangn saham telah bersetuju dengan rancangan itu, dan pengurus aset telah mendekati Mubadala Investment dan GIC Pte untuk memuktamadkan perjanjian yang menilai perniagaan sehingga AS$10 bilion termasuk hutang, kata laporan itu.

Pengurus aset menyasarkan untuk mencapai persetujuan dengan pelabur pada suku keempat tahun ini, lapor Bloomberg.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *