russia-phone

China Kuasai 70 Peratus Pasaran Telefon Pintar Rusia Pada Separuh Pertama 2023

Telefon pintar China menguasai pasaran Rusia pada separuh pertama 2023, melebihi 70 peratus daripada semua juala, meningkat daripada sekitar 55 peratus pada tahun lalu.

M.Video-Eldorado, peruncit elektronik pengguna terkemuka dalam satu kenyataan berkata, telefon pintar daripada China seperti Xiaomi dan Realme telah menjadi penjual teratas di Rusia.

Hal ini berlaku selepas Samsung dan Apple mengekang jualan produknya di Rusia berikutan perang di Ukraine.

Permintaan keseluruhan untuk telefon pintar di Rusia meningkat 17 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas, dengan hampir 13 juta produk dijual, jelasnya.

Setelah kebanyakan jenama Barat keluar dari pasaran Rusia, Moscow kini dilihat menjadi lebih bergantung kepada China pada hampir semua barangan penggunanya daripada elektronik kepada kenderaan.

“Jenama dari China secara sistematik terus mengukuhkan kehadiran mereka,” kata M.Video dalam satu kenyataan pada hari Selasa.

Lapan daripada 10 telefon pintar terlaris di Rusia dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini adalah Cina, kata M.Video.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *