tesla-twitter

Elon Musk Putuskan Untuk Tidak Sertai Lembaga Pengarah Twitter

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Elon Musk, yang baru-baru ini telah membeli kepentingan besar dalam Twitter, memutuskan untuk tidak menyertai lembaga pengarah syarikat media sosial itu.

Menerusi tweet CEO Twitter, Parag Agrawal semalam, “Pelantikan Elon ke dalam lembaga pengarah telah berkuat kuasa secara rasmi pada 9 April, tetapi pada waktu yang sama Elon berkata bahawa beliau tidak akan menyertai lembaga itu”.

“Saya percaya ini adalah yang terbaik. Kami sentiasa dan akan sekaku menghargai input daripada pemegang saham kami sama ada mereka berada dalam Lembaga Pengarah kami atau tidak.

“Elon ialah pemegang saham terbesar kami dan kami akan tetap terbuka kepada input beliau,” tambah Agrawal.

Jurucakap Twitter mengesahkan bahawa Musk telah memutuskan untuk tidak menyertai lembaga pengarah Twitter sambil merujuk kepada kenyataan Agrawal.

Isu ini menjadi perhatian seminggu selepas Twitter menerusi pemfailan kepada pengawal selia melaporkan bahawa mereka merancang untuk melantik CEO Tesla dan SpaceX ke dalam barisan lembaga pengarahnya untuk tempoh yang berakhir pada 2024.

Musk baru-baru ini telah mendedahkan pembelian lebih 9 peratus dalam saham Twitter, menjadikannya pemegang saham terbesar syarikat media sosal itu.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk Musk untuk menyertai lembaga pengarah, CEO Tesla itu telah bersetuju untuk tidak memperoleh lebih daripada 14.9% saham syarikat semasa beliau kekal di lembaga pengarah.

Apabila berita pelantikan lembaganya tersebar, Musk menulis dalam akaun twitternya, “tidak sabar untuk bekerja dengan Parag & ahli lembaga Twitter bagi membuat penambahbaikan yang ketara pada Twitter dalam beberapa bulan akan datang!”

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *