sprm

Scam RM1 Juta Sehari, SPRM Kesan Penglibatan 5 Bank Utama Di Malaysia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasinya (Op Tropicana) berjaya mengesan pengelibatan beberapa pegawai dari lima bank utama atas dakawaan bersekongkol dengan sindiket penipuan antarabangsa.

Dalam tempoh beberapa bulan, para pegawai tersebut telah secara haram memindahkan sehingga RM200 juta ke luar negara melalui sindiket penipuan pelaburan.

Menurut Sinar Harian, sedang menyiasat pegawai-pegawai bank yang terlibat kerana telah membantu dua warga UK yang disyaki mendalangi rangkaian penipuan antarabangsa.

Memetik sumber tanpa nama, Sinar Harian melaporkan lima bank itu memainkan peranan dengan membuka akaun “transit” bertujuan memindahkan wang dalam jumlah besar ke luar negara.

“Setiap pegawai ini dipercayai menerima kira-kira RM1,000 bagi setiap akaun bank yang berjaya dibuka tanpa mengikut prosedur,” lapor akhbar tempatan itu.

Akaun transit ini kemudian akan dihapuskan dalam tempoh tiga bulan selepas pemindahan wang dilakukan oleh sindiket ke akaun ‘sebenar’.

Sinar Harian juga melaporkan bahawa tujuh syarikat ‘dummy’ yang digunakan oleh sindiket turut berada dalam radar SPRM. Kesemua bank dan syarikat yang terlibat terletak di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Sekurang-kurangnya 20 pekerja lima bank utama, termasuk juruaudit dan pegawai barisan hadapan, didakwa telah memudahkan proses penipuan antarabangsa itu.

New Straits Times (NST) melaporkan bahawa pegawai bank itu juga didawak telah menutup mata terhadap laporan transaksi yang mencurigakan yang ditandai pada akaun bank.

Menurut NST, terdapat kira-kira 20 hingga 30 akaun bank yang disediakan dan pihak sindiket akan menutup dan membuka semula akaun baharu setiap tiga bulan.

Setakat ini, kebanyakan mangsa yang dikenal pasti adalah dari Australia dan UK dan sindiket yang sama juga aktif di Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Hong Kong dan UK.

“Siasatan awal percaya sindiket itu mampu melakukan transaksi sekitar RM1 juta sehari dan RM200 juta dalam tempoh tiga bulan,” lapor SPRM kepada media tempatan.

SPRM juga dilaporkan berkata sindiket itu telah merasuah pelbagai pihak penguatkuasa di negara ini bagi membolehkan operasi mereka diteruskan tanpa halangan sejak 2019.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *