india-semiconductor-chip

India Akan Buka Semula Proses Permohonan Insentif Semikonduktor AS$10 bilion

India merancang untuk membuka semula proses permohonan bagi insentif dan bantuan AS$10 bilion untuk menggalakkan pembuatan cip, kerana projek yang diumumkan sebelum ini mengambil masa terlalu lama, lapor Bloomberg News.

India mengekalkan proses terbuka, menghapuskan keperluan 45 hari sebelum ini untuk mengemukakan permohonan, tulis laporan itu.

Negara Asia Selatan itu kini merancang untuk membenarkan syarikat-syarikat memohon semula dan bersedia menerima permohonan sehingga insentif yang dianggarkan berjumlah AS$10 bilion itu disalurkan sepenuhnya.

Tempoh pendek yang diumumkan sebelum ini untuk permohonan telah menyebabkan hanya beberapa permohan dihantar bagi skim tersebut.

Ia termasuk perkongsian antara Vedanta Resources Ltd dan Foxconn Taiwan, dan konsortium yang merangkumi Tower Semiconductor Ltd, kata Bloomberg.

Pada September tahun lalu, Vedanta dan Foxconn, yang sebelum ini dikenali dengan Hon Hai Precision Industry Co, menandatangani perjanjian dengan negeri Gujarat, India barat untuk melabur AS$19.5 bilion bagi membina kilang pengeluaran semikonduktor dan paparan.

India mengumumkan insentif untuk membantu menjadikan negara itu pemain utama dalam rantaian bekalan cip global.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *