Kekurangan jururawat di Malaysia sudah capai tahap kritikal

Aina Julia
2 Min Read

Kementerian Kesihatan sedang mengambil langkah untuk menangani masalah kekurangan jururawat yang kritikal. Ini termasuk dengan meningkatkan pengambilan pelatih jururawat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurut beliau, isu kekurangan jururawat kini menjadi cabaran utama yang sedang ditangani kementerian.

“Kekurangan jururawat adalah satu realiti yang sedang diusahakan penyelesaiannya oleh kementerian secara berterusan.

“Kita telah mengambil beberapa pendekatan, termasuk menaikkan jumlah pelatih jururawat kepada 1,000 orang. Namun angka itu masih belum mencukupi untuk menampung permintaan semasa,” katanya.

Tambah beliau, kementerian berdepan kesukaran untuk merekrut jururawat memandangkan bilangan yang berminat untuk mengisi kekosongan amat sedikit.

“Berikan kementerian sedikit masa lagi untuk menyelesaikan isu ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyerahan Projek Hospital Pasir Gudang hari ini.

Antara iklan agensi yang membantu jururawat untuk berhijrah dan berkhidmat di Australia.

Pada Februari lalu, dilaporkan seramai 6,919 petugas kesihatan di bawah kementerian telah meletak jawatan dan berhijrah ke sektor swasta antara tahun 2020 hingga 2023.

Daripada jumlah itu, 2,141 adalah jururawat (1,754 lantikan tetap dan 387 lantikan kontrak) yang telah meletak jawatan dalam tempoh tersebut. Selain itu, seramai 1,856 pegawai perubatan tetap, 3,846 pegawai perubatan kontrak dan 1,217 pakar perubatan turut meletak jawatan dalam tempoh sama.

Trend ini dipercayai berpunca daripada tawaran faedah dan insentif yang lebih baik di sektor swasta. Pada tahun lalu, kekurangan jururawat diunjurkan mencecah hampir 60 peratus menjelang tahun 2030.

Dzulkefly sebelum ini turut dilaporkan berkata bahawa antara langkah jangka panjang yang sedang dipertimbangkan ialah kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi menangani kekurangan tenaga kejururawatan untuk memenuhi keperluan sistem penjagaan kesihatan negara.

Sementara itu, beliau berkata kementerian turut meneliti langkah sementara termasuk pengambilan jururawat dari luar negara.

Share This Article
2 Comments
  • Isu kekurangan dan tekanan terhadap jururawat di Malaysia semakin membimbangkan. Bagi menangani krisis ini, kerajaan perlu melaksanakan penambahbaikan secara menyeluruh dari aspek dasar, latihan, kebajikan, dan kerjaya. Berikut ialah cadangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan:

    ✅ 1. Tingkatkan Gaji dan Elaun

    Naikkan gaji asas jururawat selaras dengan kos sara hidup semasa.

    Perkenalkan elaun khas untuk:

    Jururawat di zon luar bandar/pedalaman.

    Jururawat di unit tekanan tinggi seperti ICU, kecemasan, dan wad COVID-19.

    Bayar kerja lebih masa (OT) secara adil dan konsisten.

    ✅ 2. Tambahkan Bilangan Jururawat

    Tambahkan kuota pengambilan pelajar ke kolej kejururawatan awam dan swasta.

    Permudahkan proses pengambilan jururawat baharu dalam sektor awam (kurangkan birokrasi SPA).

    Buka peluang kepada jururawat kontrak untuk diserap secara tetap.

    ✅ 3. Baiki Beban Kerja dan Penempatan

    Kurangkan nisbah pesakit kepada jururawat (contoh: dari 1:10 kepada 1:6).

    Sediakan lebih banyak jururawat sokongan untuk tugasan bukan klinikal (seperti kerja pentadbiran).

    Elakkan penempatan jururawat yang terlalu jauh dari kampung halaman, yang memberi tekanan mental dan sosial.

  • Isu kekurangan jururawat di Malaysia memang sangat serius dan memberi kesan besar kepada mutu perkhidmatan kesihatan negara. Saya kongsikan beberapa pandangan dan cadangan:

    1. Faktor Punca Kekurangan Jururawat:

    Gaji & elaun yang tidak setimpal dengan beban tugas, menyebabkan jururawat berhijrah ke luar negara. Beban kerja berlebihan, terutama selepas pandemik, yang mendorong ramai jururawat berhenti awal atau bertukar kerjaya. Pengambilan graduan jururawat terhad, walaupun setiap tahun ramai lepasan kolej kejururawatan. Isu penempatan – ada jururawat yang menunggu lama untuk diserap ke jawatan tetap.

    2. Cadangan Penambahbaikan:

    Naik taraf skim perkhidmatan jururawat, termasuk gaji pokok, elaun kritikal, dan insentif kerja syif. Tambah kuota pengambilan jururawat baharu terutama daripada institusi pengajian tempatan. Program retention & well-being – beri peluang cuti sabatikal, kaunseling, dan sokongan psikososial untuk kurangkan burnout. Tingkatkan automasi & teknologi (contoh: sistem rekod pesakit digital, robotik) bagi mengurangkan beban kerja manual jururawat. Kerjasama awam-swasta – hospital swasta boleh menyalurkan latihan, modul pembangunan profesional, dan penempatan jururawat secara berkala.

    3. Peranan Masyarakat & Kesedaran:

    Rakyat perlu memahami beban kerja jururawat dan menghargai peranan mereka. Kempen kesedaran kesihatan boleh mengurangkan jumlah pesakit dengan penyakit tidak berjangkit, sekali gus mengurangkan tekanan terhadap jururawat.

    ➡️ Ringkasnya, isu ini tidak boleh hanya diserahkan kepada KKM semata-mata, tetapi perlu pendekatan menyeluruh: dasar kerajaan, kerjasama industri, institusi pendidikan, dan sokongan masyarakat.

Leave a Reply to Nurul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *