Kerajaan akan melaksanakan semakan kadar SST serta memperluaskan skop GST

Boboi CTC
1 Min Read

Kerajaan akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan serta memperluaskan skop Cukai Perkhidmatan bermula 1 Julai 2025, bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara melalui peningkatan hasil dan peluasan asas cukai.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata langkah ini bertujuan untuk menambah baik kualiti jaringan keselamatan sosial tanpa membebankan majoriti rakyat Malaysia.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak kali pertama melaksanakan sistem GST di Malaysia.

“Kerajaan komited untuk meneruskan reformasi di bawah kerangka Ekonomi MADANI. Bagi memastikan majoriti rakyat tidak terkesan dengan semakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kerajaan MADANI mengambil pendekatan bersasar dengan memastikan barangan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan cukai.

“Selain itu, pelbagai kemudahan turut disediakan bagi mengurangkan kesan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Amir Hamzah, selari dengan usaha kerajaan MADANI merangsang ekonomi dan memperkukuh jaringan keselamatan sosial, hasil tambahan daripada penambahbaikan SST ini akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan awam.

- Advertisement -
Ad image
Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *