won-dolar-usa

Korea Selatan Buka Permit Untuk Firma Kewangan Asing Berdagang Di Dalam Negeri

Korea Selatan mengumumkan bahawa mereka akan mula menerima permohonan mulai 18 Oktober daripada institusi-institusi kewangan asing untuk mendapatkan permit bagi menyertai pasaran dolar-won antara bank tempatan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata kerajaan merancang untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang layak menyertai pasaran dalam negeri mulai 2024 bagi membuka pasaran pertukaran asing dan meningkatkan dagangan.

Pada masa ini, won Korea hanya boleh didagangkan secara langsung dengan dolar melalui bank tempatan dalam tempoh enam setengah jam sehari antara 9 pagi dan 3.30 petang waktu tempatan.

Rancangan itu adalah untuk melanjutkan waktu dagangan sehingga 2 pagi, atau penutupan waktu perniagaan London, pada separuh kedua tahun depan ketika negara memulakan baik pulih peraturannya bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan asing dalam pasaran mata wang.

Menurut kementerian, institusi kewangan perlu memenuhi keperluan modal dan kecairan Basel III dan menjadi bank berlesen atau pembrokeran di negara tempat mereka beribu pejabat bagi melayakkan mereka mendapat permit.

Institusi kewangan yang memperoleh permit kemudiann akan dapat mengambil bahagian dalam pasaran spot won-olar dan perdagangan pertukaran FX.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *