jeremy-hunt-uk

Menteri Kewangan UK Berjanji Akan Gunakan Potensi Brexit Untuk Tingkatkan Pertumbuhan

Menteri kewangan Britain Jeremy Hunt pada hari ini dijangka akan menyebutkan janjinya untuk menangani produktiviti negara yang lemah dengan pembaharuan kewangan selepas Brexit.

Namun begitu, beliau dijangka akan terus berpegang pada kenaikan cukai yang telah menimbulkan kemarahan beberapa para penggubal undang-undang dalam Parti Konservatifnya.

Hunt, yang mengukuhkan pasaran kewangan selepas kegawatan “bajet mini” bekas Perdana Menteri Liz Truss pada September tahun lalu, dilaporkan bersedia untuk mengumumkan rancangan pertumbuhan dalam penyata belanjawan pada bulan Mac.

Beliau berhasrat untuk menggunakan ucapan hari ini bagi menentang desas-desus mengenai kemerosotan ekonomi Britain dan memberi tumpuan kepada pertumbuhan industri termasuk teknologi digital dan peralihan kepada industri baharu yang bernilai tinggi seperti kuasa boleh diperbaharui.

“Keyakinan pada masa depan bermula dengan kejujuran pada masa kini, dan kita tidak seharusnya lari daripada cabaran terbesar yang kita hadapi iaitu produktiviti kita yang lemah,” kata Hunt dalam petikan ucapannya yang dikeluarkan oleh kementerian.

“Rancangan kami untuk kemakmuran jangka panjang dalam menangani cabaran itu. Ia adalah pelan yang diperlukan, bertenaga dan hanya mampu dilakukan dengan Brexit yang mana jika berjaya ia akan menjadi pemangkin kepada pilihan yang kami perlukan,” jelasnya.

Hunt akan mengesahkan bahawa pembaharuan kepada peraturan Kesolvenan II Kesatuan Eropah akan dilaksanakan dalam beberapa bulan akan datang, membolehkan syarikat-syarikat insurans melabur lebih banyak dalam ekonomi, kata kementerian itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *