microsoft1

Microsoft Sertai Kelab AS$3 trilion, Kedua Selepas Apple

Microsoft menyertai Apple sebagai syarikat bernilai tiga trilion dolar, kerana pertaruhan besarnya pada kecerdasan buatan terus menarik perhatian pelabur-pelabur Wall Street.

Kini, denga kedudukan sebagai syarikat terbesar dunia mengikut permodalan pasaran selepas Apple, saham Microsoft naik 1.31 peratus pada AS$404.

Apple kekal di tempat pertama pada AS$3.02 trilion selepas mencapai tanda permodalan pasaran AS$3 trilion buat kali pertama pada Januari 2022, namun dengan perbezaan yang lebih kecil.

Malah Apple juga telah kehilangan kedudukan pertama sebagai syarikat terbesar di pasaran apabila Microsoft berjaya merampas tahkta untuk tempoh yang singkat awal bulan ini.

Microsoft kini dlihat lebih kehadapan berbanding mana-mana gergasi teknologi lain dalam menempuh gelombang keterujaan terhadap AI.

Kumpulan yang berpangkalan di Redmond, Washington itu mempunyai perkongsian besar dengan OpenAI, pencipta ChatGPT, yang dilaporkan bernilai AS$13 bilion.

Sejak kemunculan ChatGPT, Microsoft telah melancarkan beberapa produk yang membolehkan syarikat dan individu menggunakan keupayaan AI generatif, terutamanya melalui enjin carian Bing dan pembantu maya Copilot.

Sejak pelancaran ChatGPT pada awal November 2022 lalu, saham Microsoft telah meningkat kira-kira 67 peratus sementara saham Apple pula naik sekitar 40 peratus.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *