tesla-2

Musk Perlukan Akses Pasaran Untuk Tesla Sebelum Membina Kilang Tempatan

Tesla Inc tidak akan membina kilang pembuatan kereta di mana-mana lokasi yang mana mereka tidak dibenarkan untuk menjual dan membaiki kenderaannya, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tesla (CEO) Elon Musk dalam tweet, mengulas mengenai rancangannya di India.

Gergasi pengeluar kenderaan elektrik itu ingin kerajaan India menurunkan cukai terlebih dahulu supaya mereka boleh menjual kereta yang diimport untuk menguji pasaran sebelum membina sebuah kilang di negara itu.

Pentadbiran Perdana Menteri India Narendra Modi telah memberi dorongan kepada Tesla untuk menghasilkan kenderaan secara domestik, namun menghalang syarikat itu daripada menjual kenderaan yang dibuat di kilang Shanghai di India.

Mengulas lanjut mengenai rancangannya di India, Musk juga berkata bahawa syarikat aeroangkasanya SpaceX kini sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan India untuk memulakan perkhidmatan Internet Starlink mereka.

Starlink adalah perkhidmatan internet yang berasaskan teknologi satelit, sekali gus mewujudkan alternatif kepada sistem hubungan melalui darat.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *