Netanyahu Sangkal Khabar Angin Kematian, Iran Berikrar Balas Dendam

Rio Boestamam
2 Min Read

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tampil dalam sebuah video ringkas di platform X bagi menafikan spekulasi liar yang mendakwa beliau sudah tidak bernyawa. Beliau secara berseloroh menyatakan dirinya “gilakan kopi” semasa berada di sebuah kafe di luar Baitulmuqaddis bagi membuktikan kehadirannya secara fizikal.

Netanyahu turut menyentuh mengenai teori konspirasi yang mendakwa beliau mempunyai enam jari dalam rakaman televisyen sebelum ini akibat penggunaan teknologi AI. Beliau secara sarkastik meminta penonton mengira bilangan jarinya bagi menamatkan khabar angin tersebut yang tular di media sosial.

Selain isu peribadi, beliau mengingatkan rakyat Israel supaya sentiasa mematuhi arahan keselamatan sekiranya berlaku serangan roket. Beliau menegaskan bahawa ketabahan rakyat menjadi sumber kekuatan utama bagi kerajaan, tentera, dan agensi perisikan Mossad.

Selepas munculnya teori konspirasi yang mengatakan video pertama adalah hasil buatan AI, Netanyahu kemudiaannya memuatnaik video kedua yang menampilkan beliau sihat.

Dalam kenyataan yang lebih serius, Netanyahu mendedahkan bahawa Israel sedang menjalankan operasi sulit yang tidak boleh didedahkan buat masa ini. Beliau mendakwa pihak tentera sedang menyerang Iran dan Lubnan dengan sangat hebat sebagai sebahagian daripada strategi ketenteraan mereka.

Sementara itu, ketegangan semakin memuncak apabila Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengeluarkan ancaman bunuh terhadap Netanyahu. Pihak Iran melabel beliau sebagai “pembunuh kanak-kanak” dan berikrar untuk memburunya selagi beliau masih hidup.

Konflik yang melibatkan Israel, Amerika Syarikat, dan Iran ini kini telah memasuki minggu ketiga. Situasi di rantau Timur Tengah kekal genting dengan kedua-dua pihak saling berbalas ancaman serangan dan tindakan ketenteraan yang agresif.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *