FILE PHOTO: Decoration parts for traditional-style lanterns are placed at a workshop ahead of Chinese Lunar New Year celebrations in Tuntoucun village, on the outskirts of Shijiazhuang, Hebei province, China, January 10, 2020. REUTERS/Jason Lee/File Photo

Pasaran Emas: Pilihan Selamat Pelabur Menjelang Akhir Tahun 2024

Pasaran emas pada akhir Oktober 2024 mencatatkan peningkatan yang ketara, didorong oleh pelbagai faktor ekonomi dan geopolitik yang menjadikan emas lebih menarik sebagai aset perlindungan.

Peningkatan ini disokong oleh ketidakstabilan di Timur Tengah, penurunan kadar faedah bank pusat AS, The Federal Reserve, serta rangsangan ekonomi yang dilaksanakan oleh China untuk menyokong permintaan domestik.

Berikutan ketidaktentuan menjelang pilihan raya presiden AS, para pelabur juga mula mengalihkan tumpuan kepada emas sebagai langkah perlindungan aset.

Selain daripada faktor-faktor di atas, pelabur-pelabur emas turut dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan antarabangsa.

Sejak permintaan dari negara-negara besar seperti China dan India masih tinggi, harga emas cenderung stabil walaupun dalam ketidakpastian pasaran global dan penurunan harga aset lain seperti saham dan bon jangka panjang​. Harga emas global dijangka akan mencecah sehingga AS$2,800 per ounce pada akhir 2024.

Pasaran emas juga dlihat akan terus menjadi pelindung nilai yang relevan dalam kalangan pelabur, terutama jika keadaan ekonomi kekal dalam ketidakpastian.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *