lucid-china

Pembuat EV Mewah AS Lucid Sedia Masuki Pasaran China

Pengeluar kenderaan elektrik mewah (EV) Amerika Syarikat Lucid Group sedang mempersiapkan syarikat untuk memasuki pasaran kereta terbesar di dunia, kata ketua operasi Chinanya Zhu Jiang pada Khamis.

Lucid akan menjual kereta import di China sambil mempertimbangkan rancangan untuk membuat pengeluaran tempatan di negara itu.

Beliau mengesahkan kepada Reuters bahawa syarikat itu sedang bersedia untuk memasuki pasaran China, namun enggan mengulas mengenai spekulasi tentang sebarang rancangan untuk pengeluaran tempatan.

Zhu merupakan veteran dalam industri auto itu sebelum ini beroperasi di bawah Jidu Motor, cabang EV gergasi teknologi tempatan Baidu, dan sebelum itu adalah peneraju projek Mach-E Ford Motor di China.

Lucid minggu lalu berkata ia merancang untuk mengumpul kira-kira AS$3 bilion melalui penawaran saham, hampir dua pertiga daripadanya akan datang daripada Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *