cnpc-petrochina

PetroChina Mulakan Pembinaan Kompleks Petrokimia Bernilai AS$3 bilion di Xinjiang

Dushanzi Petrochemical Corp China, sebuah unit minyak dan gas negara PetroChina, berkata bahawa mereka akan memulakan pembinaan kompleks petrokimia bernilai 21.88 bilion yuan (AS$3.00 bilion) di wilayah kaya sumber, Xinjiang.

Kompleks itu merangkumi 11 kemudahan utama termasuk kilang etilena 1.2 juta tan metrik setahun (tpy), dua unit polietilena berketumpatan penuh 450,000-tpy dan unit polipropilena 400,000-tpy, kata Dushanzi Petrochemical dalam satu catatan.

Kilang Dushanzi setelah siap dibangunkan akan mempunyai jumlah kapasiti etilena sebanyak 3 juta tan setahun, yang mana menjadi salah satu yang terbesar di negara tembok besar itu.

PetroChina menyasarkan untuk mula mengendalikan kompleks baharu itu pada 2026 dan membekalkan tenaga elektrik sepenuhnya daripada tenaga boleh diperbaharui kerana wilayah Xinjiang kaya dengan sumber angin dan suria.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *