counting-ringgit

Prestasi Ringgit Terburuk Di Asia Pada Februari

Laporan dasar setengah tahunan Federal Reserve yang lebih memihak kepada menaikkan kadar faedah telah mendorong kejatuhan 10 mata wang utama Asia.

Para penganalisis kewangan melihat kejatuhan mata wang Asia adalah disebabkan kecenderungan para pelabur terhadap aset berisiko semakin berkurangan susulan pendekatan Fed yang lebih agersif.

Hal ini turut melebarkan semula jurang perbezaan kadar faedah sejak Fed mengetatkan dasar monetarinya pada Mac tahun lalu.

Sementara di Malaysia, bank negara dengan pendekatan yang lebih berhati-hati untuk terus menaikkan kadar faedah telah mewujudkan jurang yang lebih besar berbanding negara-negara Asia yang lain.

Melebarnya perbezaan dasar monetari antara AS dan Malaysia itu telah menyaksikan ringgit kekal di bawah tekanan sehingga hari ini.

Malah ringgit turut menjadi mata wang dengan prestasi terburuk dalam kalangan sepuluh mata wang utama Asia setelah mencatat kemerosotan 4.85 peratus sepanjang bulan Februari lalu.

BNM, menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dalam keputusan baharunya semalam mengumumkan penetapan OPR kekal pada 2.75 peratus.

Pada tahap OPR semasa, BNM berkata, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *