standard-chartered-2

Standard Chartered: Bitcoin Berpotensi Cecah AS$100,000 Menjelang Akhir 2024

Mata wang kripto teratas, Bitcoin berpotensi mencecah AS$100,000/BTC menjelang akhir 2024, kata Standard Chartered dengan menyebutkan bahawa “crypto winter” telah berakhir.

Bitcoin boleh mendapat keuntungan daripada beberapa faktor termasuk kegawatan dalam sektor perbankan yang berlaku baru-baru ini.

Antara faktor lain adalah penstabilan aset berisiko setelah Federal Reserve menamatkan kitaran kenaikan kadarnya dan peningkatan keuntungan perlombongan kripto, kata ketua penyelidikan aset digital Standard Chartered Geoff Kendrick dalam satu nota.

“Walaupun sumber ketidakpastian kekal, kami fikir laluan ke paras USD 100,000 semakin jelas,” tulis Kendrick.

Setakat tahun ini, Bitcoin masih mengekalkan momentum, meningkat melebihi $30,000 pada bulan April untuk kali pertama dalam sepuluh bulan.

Keuntungan itu mewakili pemulihan separa selepas trilion dolar telah terhapus daripada sektor kripto pada tahun 2022 berikutan kenaikan kadar faedah bank pusat dan rentetan kemusnahan firma-firma kripto.

Unjuran penilaian yang setinggi langit telah menjadi satu perkara biasa berdasarkan pergerakan bitcoin yang lalu.

Seorang penganalisis Citi berkata pada November 2020 bahawa bitcoin boleh naik setinggi $318,000 menjelang akhir 2022, namun ia ditutup sekitar $16,500 pada tahun lalu, menjunam sekitar 65 peratus daripada nilai tertingginya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *