rewood-materials-usa

Syarikat Bateri Redwood Materials Kumpul Dana Lebih AS$1b Untuk Kembangkan Operasi Di AS

Redwood Materials berkata pada hari Selasa ia telah mengumpulkan lebih daripada AS$1 bilion dalam pembiayaan baharu dalam usaha untuk mengembangkan operasinya di Amerika Syarikat.

Firma bahan bateri, yang diasaskan oleh bekas eksekutif Tesla JB Straubel itu pada Februari lalu telah menerima komitmen bersyarat untuk pinjaman AS$2 bilion daripada Jabatan Tenaga AS bagi membina kompleks kitar semula dan pembuatan semula bernilai AS$3.5 bilion di Nevada bagi bahan bateri kenderaan elektrik.

Pusingan pembiayaan terkini untuk Redwood, yang diasaskan pada 2017 oleh Straubel itu, diketuai bersama oleh Goldman Sachs Asset Management, Capricorn’s Technology Impact Fund dan dana yang dinasihatkan oleh T. Rowe Price Associates.

“Kami akan menggunakan pembiayaan Siri D kami untuk terus membina kapasiti kami, mengembangkan rantaian bekalan bateri domestik dan membenarkan pelanggan kami membeli bahan bateri yang dibuat di AS,” kata Redwood.

Syarikat yang berpangkalan di Carson City, Nevada tersebut mempunyai perkongsian jangka panjang dengan Panasonic, yang membina sel bateri di Nevada dalam usaha sama dengan Tesla, untuk menyediakan bahan bateri.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *