Thailand, Sri Lanka Tandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas

Thailand, Sri Lanka Tandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas

Thailand dan Sri Lanka menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas pada Sabtu lalu, satu langkah yang diharapkan Sri Lanka akan membantunya keluar da

Thailand dan Sri Lanka menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas pada Sabtu lalu, satu langkah yang diharapkan Sri Lanka akan membantunya keluar daripada krisis kewangan terburuk dalam beberapa dekad.

Negara kepulauan itu telah mencuri tumpuan dengan satu perjanjian perdagangan untuk memupuk pertumbuhan ekonomi dan membantu ekonominya yang terjejas, yang dianggarkan oleh Bank Dunia telah menguncup 3.8 peratus tahun lepas.

Pengucupan itu bertambah selepas krisis pertukaran asing yang teruk menjerumuskan Sri Lanka ke dalam krisis kewangan yang lebih meluas.

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bertujuan untuk meningkatkan peluang pasaran, dengan rundingan meliputi pelbagai aspek seperti Perdagangan Barang, Pelaburan, Prosedur Kastam dan Hak Harta Intelek, tambah kenyataan ringkas itu.

Satu delegasi yang diketuai oleh Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin tiba di Colombo untuk menandatangani FTA bersama-sama perjanjian lain dan Thavisin juga akan menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan Sri Lanka ke-76 semalam.

“Ini akan menyediakan peluang perniagaan yang luar biasa untuk kedua-dua pihak. Kami menggalakkan sektor swasta kami meneroka potensi perdagangan dan pelaburan dua hala,” kata Perdana Menteri Thavisin pada taklimat media bersama selepas pemeteraian itu.

Kedua-dua negara juga menandatangani perjanjian perkhidmatan udara dua hala baharu, menyediakan perkhidmatan udara yang diliberalisasikan antara kedua-dua negara.

Perdagangan dua hala negara itu bernilai kira-kira AS$460 juta pada 2021. Antara eksport utama Sri Lanka adalah teh dan batu berharga ke Thailand serta mengimport peralatan elektronik, makanan, getah, plastik dan farmaseutikal.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: