amazon6

CEO Amazon: Pembuangan Kini Menjangkau Lebih 18,000 Orang Pekerja

Pemberhentian Amazon Inc kini akan menjangkau lebih 18,000 orang pekerja, yang aman merupakan sebahagian daripada usaha mengurangkan tenaga kerja yang didedahkan sebelum ini, kata Ketua Eksekutif (CEO) Andy Jassy semalam.

Keputusan pemberhentian, yang mana akan dimaklumkan mulai 18 Januari itu akan memberi kesan kepada organisasi e-dagang dan sumber manusia syarikat itu, katanya.

Pemotongan berjumlah 6 peratus melibatkan kira-kira 300,000 tenaga kerja syarikat.

Angka itu juga menunjukkan perubahan yang pantas bagi gergasi e-dagang yang sebelum ini telah menaikkan siling gaji asasnya untuk bersaing dengan lebih agresif bagi mendapat pekerja dalam setiap kategori.

Jassy berkata dalam nota itu bahawa perancangan tahunan “lebih sukar memandangkan ekonomi yang tidak menentu dan kami telah mengupah dengan pantas sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”

Amazon mempunyai lebih daripada 1.5 juta pekerja termasuk kakitangan gudang, menjadikannya majikan swasta kedua terbesar di Amerika selepas Walmart Inc.

Gergasi e-dagang itu juga dilaporkan bersedia untuk kemungkinan pertumbuhan yang lebih perlahan.

Hal ini kerana inflasi yang melambung tinggi menggalakkan perniagaan dan pengguna mengurangkan perbelanjaan dan harga sahamnya juga telah berkurangan separuh pada tahun lalu.

Amazon telah mula melepaskan kakitangan pada November dari bahagian perantinya dengan menyasarkan pembuangan sehingga 10,000 pekerjaan.

Angka pemberhentian pekerja oleh Amazon kini melepasi jumlah pembuangan Meta Platforms Inc induk bagi Facebook serta pengurangan di syarikat-syarikat industri teknologi lain.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *