total-energies

TotalEnergies, Adani Bekerjasama Kembangkan Tenaga Boleh Diperbaharui Di India

TotalEnergies SE merancang untuk melabur AS$300 juta (RM1.4 bilion) dalam usaha sama (JV) dengan Adani Green Energy Ltd (AGEL) bagi mewujudkan usaha sama untuk membangunkan pengeluaran elektrik angin dan solar di India.

Pelaburan ekuiti oleh TotalEnergies itu akan terus menyokong pembangunan aset angin dan solar Adani Green Energy Limited (AGEL) yang telah beroperasi dan sedang membangun di India.

Pengerusi Kumpulan Adani Gautam Adani berkata pelaburan oleh TotalEnergies “akan mengukuhkan lagi peranan penting yang dimainkan oleh AGEL dalam laluan ke arah karbon sifar India.”

AGEL mempunyai 20.4 gigawatt pengeluaran elektrik boleh diperbaharui dalam operasi dan pembangunan, dan merancang untuk mengembangkannya kepada 45 GW menjelang 2030.

Ketua Eksekutif TotalEnergies Patrick Pouyanne berkata usaha sama itu “akan membolehkan kami mempercepatkan pembangunan kami melalui akses terus kepada portfolio aset yang besar”.

Ia juga akan “menyokong cita-cita AGEL untuk menjadi peneraju tenaga boleh diperbaharui India”, tambahnya.

Gergasi minyak dan gas Perancis itu juga telah membangunkan dengan pantas pengeluaran elektrik boleh diperbaharui dengan kapasiti pengeluaran kasar terpasang sebanyak 19 GW pada Julai 2023.

Ia menyasarkan untuk mengembangkannya kepada 35 GW menjelang 2025 dan 100 GW menjelang 2030.

Usahasama itu akan merangkumi 30 MW aset operasi AGEL, 500MW dalam pembinaan dan 250 MW lagi dalam pembangunan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *