Twitter telah memberhentikan sekurang-kurangnya 200 pekerja, atau kira-kira 10 peratus lagi daripada tenaga kerjanya, lapor New York Times.
Pembuangan itu merupakan pusingan terbaru pemecatan kakitangan sejak Elon Musk mengambil alih laman blog mikro itu Oktober lalu.
NYT melaporkan bahawa pemberhentian tersebut melibatkan pengurusan produk, saintis data dan jurutera yang bekerja pada pembelajaran mesin dan relibiti laman, yang membantu mengekalkan pelbagai ciri Twitter dalam talian.
Sebagaimana yang diumumkan oleh Musk pada bulan lalu, Twitter mempunyai kira-kira 2,300 pekerja yang aktif.
Pemotongan pekerjaan terbaharu ini juga adalah susulan pemberhentian besar-besaran Twitter pada awal November yang lalu, memberhentikan sehingga 3,700 pekerj sebagai langkah penjimatan kos oleh Musk.
Musk yang telah mengambil alih Twitter dengan pemerolehan bernilai AS$44 bilion berkata pada November bahawa perkhidmatan itu mengalami “penurunan besar dalam hasil” apabila pengiklan menarik perbelanjaan di tengah-tengah kebimbangan mengenai penyederhanaan kandungan.
Twitter baru-baru ini telah mula berkongsi hasil daripada iklan dengan beberapa pencipta kandungannya.