Elon-Musk-tweet-twitter

Twitter Kini Hanya AS$20b, Hilang Separuh Nilainya Sejak Musk Ambil Alih Lima Bulan Lalu

Elon Musk meletakkan nilai semasa Twitter pada AS$20 bilion (RM88.56 bilion), kurang separuh daripada AS$44 bilion yang dibayarnya untuk pembelian platform media sosial itu lima bulan lalu.

Kenyataan itu adalah berdasarkan e-mel dalaman yang dilihat oleh media berita Amerika, e-mel yang diberikan kepada para pekerja yang berurusan dengan program pampasan saham baharu.

Pelan pampasan itu menilai Twitter pada AS$20 bilion, hanya sedikit tinggi berbanding Snap (AS$18.2 bilion), syarikat induk Snapchat, atau rangkaian sosial dan laman web kreatif Pinterest (AS$18.7 bilion), yang kedua-duanya, tidak seperti Twitter kerana didagangkan secara terbuka.

Dalam e-mel dalaman itu, Musk menerangkan berlaku penguncupan mendadak dalam nilai Twitter.

Beliau berkata platform itu menghadapi masalah kewangan yang teruk sehingga pada satu ketika ia berada di ambang muflis.

“Twitter menjadi trend kerugian ~ AS$3B/tahun,” kata Musk dalam mesej yang disiarkan pada hari Sabtu di platform gergasi itu.

Beliau memetik kejatuhan hasil sebanyak AS$1.5 bilion setahun dan beban membayar hutang dengan jumlah yang sama – mengakibatkan kewangan syarikat hanya cukup untuk tempoh empat bulan.

Musk, pemegang saham terbesar Twitter, hanya menambah: “Keadaan adalah sangat teruk.”

Bagaimanapun, beliau kemudian berkata bahawa dengan pengiklan kini telah mula kembali selepas menjauhkan diri, “Nampaknya kita akan menerima pulangan modal” pada suku kedua tahun ini.

Musk menerusi e-mel yang sama turut berkata beliau melihat jalan yang jelas namun mencabar bagi mencapai penilaian sebanyak AS$250 bilion tanpa menyebutkan tempoh masa yang diperlukan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *