UBS Group sedang merancang untuk mengurangkan lebih separuh daripada tenaga kerja Credit Suisse mulai bulan hadapan hasil daripada pengambilalihan bank itu, lapor Bloomberg News.
Jurubank, peniaga, kakitangan sokongan di bank pelaburan Credit Suisse di London, New York, dan di beberapa bahagian Asia dijangka akan terjejas dengan pemotongan tersebut.
UBS berhasrat untuk mengurangkan jumlah keseluruhan gabungan kira-kira 30%, atau 35,000 orang.
Sebanyak 10,000 pekerjaan akan dipotong jika perniagaan domestik Switzerland kedua-dua bank itu digabungkan.
Reuters pada minggu lalu melaporkan bahawa UBS akan mengurangkan pekerjaan perbankan pelaburan Asia di Credit Suisse bulan hadapan.
Pengurangan yang ketera dijangka berlaku dalam juru bank pelaburan meliputi Australia dan China.
Awal bulan ini, Ketua Eksekutif UBS Sergio Ermotti memberi amaran tentang keputusan yang menyakitkan mengenai pemberhentian kerja akibat pengambilalihan Credit Suisse.
UBS menyelesaikan pengambilalihan kecemasannya terhadap saingan Credit Suisse pada bulan Jun, menjalin gergasi perbankan dan pengurusan kekayaan Switzerland dengan penyata sebanyak AS$1.6 trilion dan 120,000 kakitangan.