Ketua Pegawai Eksekutif Ford Motor Co Jim Farley berkata pembuat kenderaan elektrik China adalah saingan utamanya dalam sektor itu.
Bagaimanapun, syarikat itu hanya menghadapi halangan bersaing dalam kos pada skala yang lebih kecil, jelasnya.
“Saya fikir kita melihat orang Cina sebagai pesaing utama, bukan GM atau Toyota,” kata Farley pada Sidang Kemuncak Kewangan Mampan Morgan Stanley. “Orang Cina akan menjadi kuasa besar.”
China, pasaran kereta terbesar di dunia, mempunyai beberapa teknologi bateri terbaik dan mendominasi pengeluaran EV, kata Farley.
Beliau memetik BYD, Geely, Great Wall, Changan SAIC sebagai antara “pemenang” di kalangan pembuat kenderaan di China.
Dalam usaha merebut mahkota daripada pembuat kereta China, Farley berkata Ford memerlukan penjenamaan tersendiri yang beliau yakini telah ada, atau kos yang lebih rendah.
“Tetapi bagaimana anda mengalahkan mereka pada kos jika skala mereka adalah lima kali ganda anda?” ujar Ferley.
“Orang Eropah membenarkan (pembuat kereta China) masuk – jadi sekarang mereka menjual dalam jumlah yang tinggi di Eropah,” tegasnya.
Ford berkata pada Februari ia akan melabur AS$3.5 bilion untuk membina loji bateri kenderaan elektrik di Michigan menggunakan teknologi daripada rakan kongsi China CATL untuk menghasilkan bateri kos rendah.
Perbendaharaan AS masih perlu mengeluarkan peraturan pada akhir tahun ini yang akan menentukan sama ada pengaturan Ford SAIC melanggar larangan ke atas “Entiti Keprihatinan Asing” yang merupakan sebahagian daripada kredit cukai EV AS$7,500.
“Kami mempunyai keputusan untuk dibuat di sini di AS,” kata Farley. “Jika menempatkan teknologi bateri mereka di AS terperangkap dalam politik – anda tahu pelanggan benar-benar akan terjejas.”