credit-sussie

Credit Suisse Catat Kerugian Terbesar Sejak Krisis Kewangan 2008

Credit Suisse dijangka mencatatkan kerugian yang besar tahun ini selepas bank itu melaporkan kerugian bersih sebanyak 7.293 bilion franc Swiss (RM34 bilion) pada 2022, terbesar sejak krisis kewangan 2008.

Bank kedua terbesar Switzerland itu digegarkan oleh skandal berulang, merekodkan aliran keluar aset bersih sebanyak 110.5 bilion franc Swiss hanya pada suku keempat tahun lalu sahaja.

Credit Suisse juga mengumumkan pengambilalihan bank pelaburan M. Klein & Company untuk AS$175 juta.

“Memandangkan kesan buruk aliran keluar yang didedahkan sebelum ini daripada perniagaan dan pendedahan bukan teras serta, khususnya caj penstrukturan semula yang berkaitan dengan transformasi kos kami, Credit Suisse juga menjangka akan melaporkan kerugian yang besar sebelum cukai pada 2023,” kata bank yang berpangkalan di Zurich itu dalam satu kenyataan.

Credit Suisse telah mengumumkan rombakan pada Oktober bertujuan untuk mengurangkan secara drastik skala bank pelaburannya, dalam usaha untuk membaiki kerosakan berikutan beberapa siri skandal.

CEO Ulrich Korner berkata, “2022 adalah tahun yang penting untuk Credit Suisse. Kami mengumumkan pelan strategik kami untuk mewujudkan bank yang lebih mudah, lebih fokus, dibina mengikut keperluan pelanggan dan sejak Oktober kami telah melaksanakan dengan pantas.

“Kami mempunyai rancangan yang jelas untuk mencipta Credit Suisse yang baharu dan berhasrat untuk terus melaksanakan transformasi strategik tiga tahun dengan membentuk semula portfolio kami, memperuntukkan semula modal, mensasarkan asas kos kami yang betul dan membina francais terkemuka kami.”

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *