U.S. Dollar banknotes are seen in a box at the Money Service Austria company's headquarters in Vienna, Austria, November 16, 2017. REUTERS/Leonhard Foeger/File Photo

Federal Reserve Umum Proses Untuk Bank Berurus Niaga Dalam Stablecoin

Bank-bank negara yang menjadi ahli sistem Federal Reserve harus mendapatkan tanpa bantahan penyeliaan bertulis daripada Fed sebelum mengeluarkan, memegang atau berurus niaga dalam token dolar yang digunakan untuk memudahkan pembayaran, seperti stablecoin.

Pengumuman oleh Fed itu dikeluarkan dalam satu surat penyeliaan baharu yang diterbitkan pada 8 Ogos.

Fed juga berkata ia sedang mewujudkan program penyeliaan baharu untuk menyelia aktiviti bank di bawah seliaannya berkaitan mata wang kripto, teknologi blockchain serta perkongsian bukan bank yang dipacu oleh teknologi.

Program tersebut bertujuan tujuan melengkapkan proses penyeliaan sedia ada dan mengukuhkan pengawasan didorong aktiviti teknologi, jelas Fed.

Pengumuman baharu itu muncul sehari selepas gergasi pembayaran PayPal mengumumkan ia akan melancarkan stablecoi sendiri, sejenis mata wang kripto yang biasanya disandarkan pada aset tradisional seperti dolar AS.

Percubaan sebelum ini oleh syarikat arus perdana utama untuk melancarkan stablecoin telah mendapat tentangan hebat daripada pengawal selia kewangan dan pembuat dasar.

Meta pada 2019 merancang untuk melancarkan stablecoin, Libra, namun telah digagalkan selepas pengawal selia menimbulkan kebimbangan ia boleh menjejaskan kestabilan kewangan global.

Bagi bank untuk menerima kelulusan bertulis supaya dapat melibatkan diri dengan stabelcoin, mereka perlu menunjukkan pengurusan risiko yang sesuai, termasuk mempunyai sistem untuk mengenal pasti dan memantau sebarang potensi risiko, termasuk keselamatan siber dan ancaman kewangan haram.

Selepas menerima kelulusan bertulis, bank anggota negara yang terlibat dalam aktiviti berkaitan token dolar akan terus tertakluk kepada semakan penyeliaan serta pemantauan yang lebih tinggi terhadap aktiviti tersebut, kata Fed.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *