Korea Selatan larang perjalanan ke Kemboja selepas ke bunuh

Aina Julia
2 Min Read

Seoul pada Rabu mengumumkan larangan perjalanan ke beberapa kawasan di Kemboja selepas Korea Selatan digemparkan dengan kes penyeksaan dan pembunuhan seorang pelajar kolej di negara itu. Langkah ini diambil ketika Korea Selatan bersiap menghantar satu pasukan khas ke negara Asia Tenggara tersebut bagi membincangkan isu pekerjaan palsu dan pusat penipuan yang terlibat dalam penculikan puluhan rakyatnya.

“Warganegara Korea Selatan yang mengunjungi atau menetap di kawasan tersebut boleh dikenakan hukuman. Oleh itu, rakyat yang merancang perjalanan ke sana dinasihatkan supaya membatalkan rancangan mereka,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan.

Larangan ini dibuat selepas pengumuman rasmi bahawa sekitar 1,000 warga Korea Selatan dipercayai bekerja di pusat penipuan di Kemboja yang mensasarkan mangsa di Korea Selatan.

Kawasan Gunung Bokor di wilayah Kampot, Bandar Bavet, dan Bandar Poipet kini diisytiharkan sebagai zon larangan perjalanan.

“Dianggarkan kira-kira 200,000 individu pelbagai warganegara bekerja dalam industri penipuan di Kemboja, yang menyasarkan mangsa di seluruh dunia termasuk Korea Selatan,” kata Penasihat Keselamatan Negara, Wi Sung-lac.

“Angka sebenar sukar dipastikan, tetapi pihak berkuasa Korea Selatan menganggarkan jumlahnya sekitar 1,000 orang,” tambahnya.

Seoul memaklumkan bahawa 63 rakyatnya telah ditahan oleh pihak berkuasa Kemboja dan mereka berikrar untuk membawa kesemua individu itu pulang.

“Kami sedang mengatur penerbangan khas untuk membawa mereka pulang… dan mensasarkan ia selesai menjelang hujung minggu ini,” kata Wi.

Beliau menjelaskan bahawa daripada 63 individu tersebut, terdapat yang terlibat secara sukarela dan juga tidak sengaja dalam operasi penipuan itu.

“Sebahagian besar daripada mereka wajar dianggap telah melakukan kesalahan jenayah,” katanya, sambil menambah bahawa mereka akan disiasat sebaik tiba di tanah air.

Pasukan Korea Selatan yang diketuai oleh timbalan menteri luar dijadualkan berlepas pada Rabu malam, menurut seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali.

Share This Article
Leave a Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *