kementerian-kewangan-Malaysia

Malaysia Berjaya Tarik Potensi Pelaburan Asing RM76.1b Setakat Mac Tahun Ini

Malaysia berjaya menarik potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion setakat Mac tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jumlah itu termasuk kejayaan negara dalam Misi Perdagangan dan Pelaburan di Australia yang menyumbang RM24.5 bilion serta Jerman dan Perancis sebanyak RM46 bilion.

Beliau menyifatkan kejayaan itu adalah hasil usaha sama beberapa kementerian dan agensi kerajaan, seperti Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Luar Negeri, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.

“Sebagai negara keenam terbesar dunia dari segi eksport semikonduktor, kita meraih manfaat besar daripada peraingan antara Amerika Syarikat dan China dalam penghasilan cip dan diperkatakan hebat di dada-dada media antarabangsa.

“Kebanyakan syarikat luar melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang strategik untuk pelaburan mereka kerana ekosistem industri semikonduktor yang maju di sini dan mendapat dukungan penuh daripada kerajaan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Selain itu, fakta juga telah telah menyokong prestasi ekonomi yang lebih baik tahun ini termasuklah kadar pengangguran turun ke paras 3.3 peratus pada Januari 2024 iaitu kembali ke paras prapandemik pada tahun 2022 iaitu 3.7 peratus.

Bercakap pada majlis yang sama, beliau juga menyebutkan bahawa kerjayaan ini adalah hasil usaha kerajaan untuk memastikan kestabilan politik, kerjasama dengan penjawat awam, serta matlamat dan dasar negara yang jelas.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *