elon-musk-twitter-takover

Musk: Twitter Telah Kehilangan Separuh Hasil Pengiklanan

Twitter telah kehilangan kira-kira separuh daripada hasil pengiklanannya sejak Elon Musk membeli platform media sosial itu pada harga AS$44 bilion (RM199 bilion) Oktober tahun lalu.

Musk, yang lantang bersuara tentang kesukaran yang dihadapi syarikat, menyebutkan angka itu dalam respons tweet kepada pengguna yang memberi cadangan mengenai pembiayaan untuk platform itu.

“Kami masih dalam aliran tunai negatif, disebabkan ~50 peratus penurunan dalam hasil pengiklanan ditambah beban hutang yang banyak,” tweet jutawan itu semalam.

“Perlu mencapai aliran tunai positif sebelum kita mempunyai kelebihan untuk berbuat perkara-perkara yang lain,” tambahnya.

Insider Intelligence telah melaporkan bahawa Twitter dijangka memperoleh pendapatan kurang daripada AS$3 bilion pada 2023, turun satu pertiga berbanding pendapatan 2022.

Perubahan yang dimulakan oleh Musk sejak pengambilalihan Twitter telah memberi masalah kepada pengguna dan pengiklan.

Awal bulan ini, Musk mengumumkan bahawa Twitter mengehadkan akaun yang disahkan untuk membaca 10,000 tweet sehari, dalam usaha “untuk menangani tahap pengikisan data yang melampau” dan “manipulasi sistem” oleh platform pihak ketiga.

Pengguna tidak disahkan yang mana majorti pengguna adalah daripada akaun percuma telah dihadkan kepada membaca 1,000 tweet setiap hari, manakala akaun baharu yang belum disahkan dihadkan kepada 500 tweet.

Twitter juga telah berkata TweetDeck, program popular yang membolehkan pengguna memantau beberapa akaun sekaligus, hanya akan tersedia kepada pengguna yang disahkan mulai bulan depan.

Perubahan itu berlaku apabila Threads, aplikasi yang dilancarkan oleh induk Facebook Meta sebagai saingan kepada Twitter, berjaya mendaftarkan lebih daripada 100 juta pengguna dalam lima hari pertamanya.

Awal tahun ini, aplikasi kecerdasan buatan ChatGPT, yang dicipta oleh OpenAI, mengambil masa dua bulan untuk mencapai bilangan pengguna aktif yang sama.

Menurut beberapa anggaran, Threads kini telah mencecah 150 juta pengguna, dengan India mendahului, dirangsang oleh pautannya ke Instagram yang memberikan akses awal lebih daripada dua bilion pengguna dan menyelamatkan mereka untuk daftar bermula dari awal.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *