kishida-japan

PM Jepun Kishida Gesa Kenaikan Gaji Lebih Cepat Untuk Elak Stagflasi

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida menggesa pada hari ini agar ketua-ketua perniagaan mempercepatkan kenaikan gaji, memberi amaran bahawa ekonomi berisiko jatuh ke dalam stagflasi jika kenaikan gaji terus ketinggalan berbanding, kenaikan harga.

“Terdapat amaran bahawa stagflasi akan muncul jika pertumbuhan gaji ketinggalan di belakang kenaikan harga,” kata Kishida pada perhimpunan Tahun Baru tiga pelobi perniagaan utama.

Stagflasi ialah gabungan pertumbuhan ekonomi yang rendah dan inflasi yang melonjak, melucutkan kuasa beli isi rumah dan menyukarkan untuk memenuhi keperluan hidup.

Sambil memberi tekanan kepada syarikat yang menguntungkan untuk menaikkan gaji, kerajaan Kishida telah menekankan keperluan untuk memudahkan peralihan buruh dengan memudahkan pekerja-pekerja Jepun menukar pekerjaan, yang mana kebanyakkan masih terbiasa dengan pekerjaan seumur hidup.

Jepun juga berjanji untuk membelanjakan ¥1 trilion (AS$7.5 bilion) dalam tempoh lima tahun akan datang untuk melatih semula pekerja, sambil menggalakkan firma menjadikan skala gaji lebih fleksibel dalam meningkatkan gaji.

Hal ini kerana syarikat Jepun cenderung membuat pembayaran bonus sekali sahaja untuk prestasi yang memberangsangkan daripada menaikkan gaji asas tetap, supaya mereka boleh melaraskan kos kakitangan dengan mudah pada masa senang atau susah.

Konfederasi Kesatuan Sekerja Jepun, dikenali sebagai Rengo, menuntut kenaikan gaji sebanyak 5% pada rundingan buruh dan pengurusan tahun ini.

Penganalisis menganggap itu sebagai gesaan yang besar, kerana kenaikan gaji tahunan purata sekitar 2% dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, penggubal dasar Jepun telah mendesak syarikat untuk melaksanakan kenaikan gaji yang melebihi kadar inflasi kerana melihat keperluan untuk mencetuskan kitaran pertumbuhan yang baik dalam ekonomi, kata mereka.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *