1mdb

IPIC, Aabar Setuju Membayar Malaysia AS$1.8b Bagi Menyelesaikan Pertikaian 1MDB

International Petroleum Investment Co (IPIC) Abu Dhabi dan unitnya Aabar Investments PJS telah bersetuju untuk membayar AS$1.8 bilion untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang berhubung skandal dalam dana negara Malaysia 1MDB, kata kementerian kewangan Malaysia hari ini.

Malaysia pada 2018 telah memfailkan saman di mahkamah London terhadap perjanjian penyelesaian antara 1MDB dan IPIC yang telah dirundingkan setahun sebelumnya ketika Najib Razak memangku jawatan perdana menteri.

Dato’ Seri Najib telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun tahun selepas didapati bersalah dalam kes rasuah berkaitan 1MDB.

Dalam saman yang dikemukakan, Malaysia telah berhujah bahawa penyelesaian pada 2017 diperoleh melalui penipuan.

Kementerian kewangan berkata pada Isnin bahawa syarikat Abu Dhabi, 1MDB dan Menteri Kewangan Malaysia (Diperbadankan) telah mencapai penyelesaian berhubung prosiding di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

“Dengan penyelesaian ini, Malaysia dan Abu Dhabi berharap untuk terus bekerjasama demi kemakmuran dan manfaat ekonomi kedua-dua negara pada masa hadapan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

1MDB Malaysia menjadi subjek siasatan rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan sekurang-kurangnya enam buah negara.

Dianggarkan AS$4.5 bilion telah diselewengkan daripada 1MDB oleh pegawai peringkat tinggi badan itu dan sekutu mereka antara 2009 dan 2014, dakwa Jabatan Kehakiman AS.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *